Penjagaan Kulit Kepala
LANGKAH 3Mau Plus Hair Follicle Revitalizer
Hair Follicle Revitalizer memberikan penjagaan ekstra bagi keguguran rambut dan rambut kurang pada peringkat tinggi.
-
Ia melindungi kulit kepala dari kesan toksik pancaran matahari.
-
ia membantu meningkatkan dan melancarkan peredaran darah ke kulit kepala dan seterusnya memberi ruang nutrien-nutrien badan menyuburkan liang rambut dan menggalakkan rambut tumbuh dengan tebal dan lebat.
-
Ia juga menggalakkan peredaran nutrien. Memberi tenaga dan meningkatkan pengambilan nutrien oleh liang rambut, seterusnya menggalakkan penghasilan liang rambut.
-
Ia memanjangkan peringkat anagen untuk pertumbuhan rambut secara berikut:
-
Merangsang pergerakan FGF-7, BMP-2 – FGF-7 dasn BMP-2 mendorong pembiakan sel matriks rambut dan menyumbangkan kepada lanjutan peringkat anagen.
-
Menghalang aktiviti TSR – TSR menukarkan testosterone kepada DHT, sebagai pencetus fasa catagen. Halangan TSR membantu mengekalkan kitaran rambut di dalam peringkat anagen.
-
Menahan pergerakan FGF-5 – Pergerakan FGF-5 adalah pencetus kepada perubahan peringkat anagen kepada peringkat catagen. Penahanan pergerakan FGF-5 membantu mengekalkan kitaran rambut di dalam peringkat anagen.
-
Pembiakan sel dermal papilla – Pembiakan DPC membantu dermal papilla, yang mempunyai kaitan dengan rambut lebat dan kuat.
-
Merangsang pergerakan VEGF – VEGF memainkan peranan penting dalam menggalakkan jaringan vascular. VEGF bukan hanya faktor pertumbuhan autocrine di dalam sel dermal papilla, tetapi juga sebagai faktor pertumbuhan paracrine terhadap sel rambut matrik.