Fakta Mengenai Rambut Gugur


Fakta Mengenai Rambut Gugur



Mengapa berlakunyakeguguran rambut?

Perubahan hormon? Alahan?

Diwarisi? Mi segera?

Mengapa anda memerlukan Mau Plus?

  • Kira-kira 70% lelaki dan wanita akan menderita masalah keguguran rambut bila mereka mencapai umur 50 tahun.
  • 99%lelaki dan wanita memerlukan penjagaan kulit kepala yang betul untuk pertumbuhan rambut yang sihat.
 
  • sebelum
  • selepas
  • sebelum
  • selepas
 

Apakah proses pengecilan? Dan apakah penyebabnya?

Proses pengecilan / miniaturization adalah diakibatkan oleh sekatan tiub darah yang membekalkan nutrien-nutrien ke liang rambut dan otot arrector pili. Ini mengakibatkan otot arrector pili menjadi layu dan mengurangkan diameter rambut di sekeliling kawasan tindakbalas tisu. Akar rambut akan semakin menghampiri permukaan kulit kepala. Apabila tiba masanya, akan jelas kelihatan kesan rambut gugur.

Sains perubatan telah membuktikan bahawa penyebab utama sekatan ini adalah Dihydrotestosterone (DHT). DHT dihasilkan akibat tindakbalas enzymatic dengan Testosterone (hormon lelaki) di dalam Tissue Responsive Area, iaitu kawasan rambut yang berada di tengah kepala. Tindakbalas enzymatic bermula pada peringkat remaja, di mana lelaki dan wanita mula menghasilkan hormon dari Kelenjar Adrenal. Tahap DHT berbeza mengikut individu, mengikut sebab-sebab berikut:

  • Tekanan
  • Pengambilan lemak haiwan secara berlebihan
  • Faktor alam sekitar / pencemaran
  • Genetik
  • Kesihatan
  • Perubatan
 
Miniaturization of Hair cause by DHT
 

Adakah DHT mengakibatkan kerosakan lain terhadap kulit kepala?

Ya. Bila rembesan DHT berhubung dengan sebum (minyak terhasil dari kelenjar minyak)ia akan mendap dan menghasilkan satu lapisan yang ketat dan berkilat dipanggil Hydrophobic Lipids di kawasan tindakbalas tisu. Lapisan ketat dan berkilat ini akan memberi kesan terhadap kitaran pertumbuhan rambut yang normal.

Apakah wujud tanda-tanda awal?

  • Bintik-bintik (akne) kulit
  • Kulit kepala dan kulit muka berminyak
  • Jumlah keguguran rambut yang tinggi – lebih dari 70/sehari
  • Pertumbuhan bulu roma tubuh yang banyak
  • Alopecia Areata
  • Rambut di kawasan tengah kepala lebih nipis dan tidak subur berbanding rambut di belakang telinga.